Perkhidmatan 'Jejak Waris' Untuk Cairkan RM40 Bilion Aset Beku Kini Dilancarkan

PETALING JAYA: Aset beku bernilai RM40 bilion milik lebih 500,000 waris dari kalangan umat Islam kini mampu dicairkan melalui perkhidmatan "Jejak Waris" yang dilancarkan oleh sebuah firma, Rabu.

Pengerusi Firma Khairul Group, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, unit khas berbentuk pusat sehenti itu dilancarkan bagi membolehkan masyarakat Islam membuat rujukan mengenai masalah pewarisan harta dan wasiat.

"Perkhidmatan ini merupakan pusat sehenti untuk orang-ramai merujuk isu pewarisan harta, waris tidak dapat dikesan, tuntutan bertindih, aset beku, wasiat dan sebagainya," katanya kepada mStar Online selepas muncul dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 pagi Rabu.

Khairul Anwar yang juga seorang peguam syariah berkata, kajian mendapati sehingga kini terdapat lebih RM40 bilion aset beku dengan lebih 500,000 waris menghadapi masalah kerana tidak dapat menyelesaikan isu pewarisan.

Katanya, waris-waris tersebut sepatutnya memperolehi harta yang diwariskan berpuluh-puluh tahun dahulu.

"Mereka ini mungkin mampu meningkatkan ekonomi serta tidak mustahil akan melahirkan lebih ramai jutawan dengan harta yang diwariskan kepada mereka.

"Ini kerana, nilai hartanah meningkat dari hari ke hari dan jika diusahakan dengan cara yang betul dulu, mungkin sekarang waris sudah mempunyai syarikat konglomerat dan taraf hidup mereka lebih meningkat.

"Tetapi kerana masalah dan dilema sebegini, mereka tidak mendapat hak dan harta yang sepatutnya mereka dapat," katanya.

Selain menghadapi cabaran mengesan waris, kesukaran juga timbul apabila waris tidak faham undang-undang, tiada wasiat yang jelas, waris enggan bekerjasama dan masalah salasilah yang berlapis-lapis.

Dengan adanya sistem Jejak Waris yang pertama kali dipelopori di negara ini, semua masalah itu dijangka mampu ditangani dengan cara mengesan waris seterusnya merungkaikan lebih banyak aset beku.

Katanya lagi, aset-aset ini yang berbentuk rumah, tanah, ladang, kebun, saham, simpanan KWSP dan sebagainya jika diagihkan kepada waris bakal memberi banyak manfaat seterusnya dapat meningkatkan ekonomi keluarga dan negara.

Mengulas idea mewujudkan pusat sehenti ini, Khairul Anwar yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang guaman dan syariah mendapat ilham daripada aduan-aduan dan pertanyaan orang ramai yang musykil tentang perkara ini.

"Kita mahu bantu masyarakat, terutama waris-waris yang daif dan hidup dalam kemiskinan. Kita juga mahu tingkatkan ekonomi waris yang majoritinya beragama Islam," katanya.

Turut menubuhkan pusat sehenti ini berteraskan jihad ekonomi, Khairul Anwar juga menjelaskan kepentingan waris-waris mendapatkan hak dan harta mereka.

"Melalui apa yang diwariskan si mati, waris dapat melunaskan hutang-hutang kepada sesiapa yang berkenaan.

"Harta peninggalan juga penting untuk waris menunaikan hak ketuhanan seperti membayar fidyah bagi pihak si mati dan sebagainya," katanya.

Melalui perkhidmatan Jejak Waris, firma itu akan membantu orang ramai mengesan waris melalui aduan dan pertanyaan dengan mendaftarkan harta dan nama masing-masing dengan menghubungi emel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

"Setelah mendapat maklumat, kita akan membangunkan pangkalan data untuk menjejaki waris dan harta beku di seluruh negara," katanya.
Tempoh enam bulan hingga dua tahun disasarkan bagi membolehkan sesuatu kes itu diselesaikan.

Akhbar The Star pada 17 Julai lalu pernah menyiarkan melalui laporan muka depannya tentang isu berkaitan harta yang gagal dicairkan oleh waris-waris di kalangan umat Islam berjumlah RM40 bilion kerana pelbagai masalah terutamanya berkaitan dengan kekangan undang-undang dan juga pertikaian di mahkamah selama bertahun-tahun.

 



Engku Mohd bin Embong (07.07.2011 (12:39:48))
1 Waalaikumsalam,
Tuan
Terima kasih kerana bertanya dan berminat dengan firma kami.
Sila tinggalkan no telefon pihak Tuan @

Sila hubungi pejabat kami di talian 03 4142 8944 untuk temujanji/ maklumat lanjut.
Quote
daeng sulong 0126397120/0173913731 (28.03.2011 (05:13:29))
1 Salamualaikum,

Berdasarkan 2 keping surat watikah asli yang kini dalam simpanan kami iaitu drpd almarhum 2 orang Sultan Selangor kepada moyang kami Raja Abdullah ibni Raja Jaafar,Sg Klang dan jajahan takluknya diberikan kepada beliau dan boleh dipusakai oleh anak cucunya selama-lamanya dan tidak boleh waris yang menggantikan sultan atau para orang2 besar kerajaan menuntutnya kembali di belakang hari...
1)Apakah keabsahsan atau "locus standing" dan implikasi surat2 ini dari segi undang2,perlemb agaan negara dan undang2 syariah Malaysia?
2)Apakah para pewaris mempunyai hak dari segi perundangan yang terpakai untuk membuat sebarang tuntutan pampasan/gantirugi?
3)Apakah undang2 sivil yang berlatarbelakan gkan menjaga kepentingan British mengatasi undang2 syariah dalam hal ini?
4)Apakah fakta bahawa penjajah British cuba menipu undang2nya sendiri dengan membawa lari sesalinan lagi surat2 asli tersebut milik istana S'ngor ke United Kingdom sebagai bukti salahlaku mereka?
Wassalam.TQ.
Quote


1000 Characters left