Tidak Layak Terima Faraid

Pengambilan anak angkat di Malaysia mempunyai prosedurnya tersendiri dari segi undang-undang sivil dan syariah untuk memastikan ibu bapa yang memohon pengambilan anak angkat dan anak yang bakal dibela oleh seseorang itu terjamin dari segi perundangan secara sah dan mendapat hak sepatutnya dari segi hukum syarak.

Menurut Pegumbela, Peguamcara, dan Syarie, Khairul Anwar Rahmat, undang-undang berkait dengan pengambilan anak angkat bermula sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Menurut beliau, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah lama mengamalkan amalan anak angkat dengan memberi nama keluarga angkat kepada anak angkat tersebut.

‘Rasulullah s.a.w. juga menjadikan Zaid Bin Harithah sebagai anak angkatnya dan dibinkan dengan nama Muhammad. Namun, setelah Allah s.w.t. menurunkan perintah bahawa anak angkat mestilah dinasabkan kepada keturunannya dan bukan bapa angkatnya melalui surah Al-Ahzab ayat 4, maka Nabi Muhammad telah mengembalikan semula nasab yang sebenar dengan memanggil Zaid Bin Harithah dan bukan Zaid Bin Muhammad.’

Memfokuskan kepada pewarisan harta, Khairul Anwar berharap ibu bapa atau saudara-mara angkat dapat memberi pertimbangan atas dasar kemanusiaan, bukan menimbulkan kekecohan kerana berebut harta yang ditinggalkan.

Menurut beliau, anak angkat yang dibela tidak layak mendapat faraid tetapi mereka layak untuk menerima hibah (hadiah) dan wasiat tetapi mestilah melalui surat perjanjian yang sah di sisi undang-undang semasa hayat ibu bapa angkat.

‘Melalui sunah nabi juga menyarankan agar sebarang transaksi adalah melalui Bil-kitabah iaitu perjanjian bertulis yang lebih muktamad dan tidak boleh dipertikaikan jika mempunyai hajat untuk memindahkan harta.

‘Anak-anak kandung dan saudara-mara lain pula bertimbang jika ibu bapa ingin memberi hibah atau wasiat kepada anak angkat ini kerana pemberian itu lebih kepada rasa kasih sayang mereka, melainkan jika pemberian itu melebihi 1/3 daripada harta yang dimiliki ibu bapa sehingga meminggirkan hak anak sendiri.’

Bagi ibu bapa yang ingin menyerahkan harta kepada anak angkat masing-masing, mereka melalui boleh memilih dua cara iaitu hibah, wasiat atau kedua-dua sekali. ‘Hibah sama ada dalam bentuk harta atau wang hendaklah diberi semasa hayat mereka dan berkuat kuasa pada masa itu juga. Hibah ini tidak boleh dipertikaikan.’

Berbeza dengan wasiat, perjanjian Bil-kitabah juga dilakukan semasa hayat tetapi ia berkuat kuasa setelah ibu bapa angkat telah meninggal dunia. ‘bagi anak angkat yang ingin menyerahkan harta miliknya kepada ibu bapa angkat juga mesti melalui kproses yang serupa.’

Khairul Anwar juga menggariskan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) iaitu satu akta bagi memperuntukkan pendaftaran pengangkatan angak angkat. Antara syarat yang terkandung di dalam akta ini ialah:

  • Kanak-kanak yang ingin diambil sebagai anak angkat mestilah 18 tahun ke bawah. –Sek.6
  • Ibu bapa yang memohon pengambilan anak angkat mestilah wujud perkahwinan yang sah. – Sek.6(1)
  • Ibu bapa angkat mestilah berumur 25 tahun dan 18 tahun lebih tua dari anak angkat, atau
  • Ibu bapa angkat berumur 21 tahun tetapi salah seorang dari mereka itu waris kanak-kanak atau ibu bapa kandungnya. –Sek.4(1) a, b, & c,
  • Anak angkat yang ingin dibela sudah berada dalam jagaan dan saraan berterusan selama tidak kurang dari 2 tahun. –Sek. 6(1)
  • Anak angkat dan ibu bapa angkat bermastautin di Malaysia. Sek.10(3)
  • Izin bersurat diperoleh di hadapan Majistret.
  • Pengakuan sama ada mana-mana pihak memberi atau menerima hadiah atau wang sebagai balasan diperlukan semasa memohon pendaftaran.

 

Menurut beliau lagi, akta ini memudahkan orang-orang beragama Islam atau bukan beragama Islam mendafdtarkan pengangkatan anak angkat mereka. Manakala angak angkat daripada keluarga Islam hanya boleh didaftarkan di bawah akta ini. ‘Sekiranya sepasang suami isteri beragama Islam yang ingin memohon anak angkat bukan beragama Islam, mereka juga melalui proses ini.’

Pendaftaran mengikut Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 adalah:

  • Setakat memberi bukti hak jagaan kepada ibu bapa angkat bagi memenuhi keperluan seperti pendaftaran sekolah, pelepasan cukai pendapatan, permohonan memperoleh kad pengenalan, passport, dan sebagainya.

 

Namun beliau juga menegaskan bahawa taraf anak angkat tidak sebanding dengan taraf anak kandung menurut hokum syarak atas beberapa sebab, antaranya:

  • Pemberian hak jagaan kepada ibu bapa angkat tidak memutus nisbahnya dan hak warisannya masih kekal dalam keluarga kandung.
  • Pertalian dengan keluarga angkat tidak sama seperti dalam keluarga kandung.
  • Tiada hak mewarisi harta pusaka daripada keluarga angkat.
  • Ada pilihan bagi keluarga angkat sama ada member nama gelaran dan nama keluarga ataupun tidak
  • Akta itu member kemudahan atau kelonggaran supaya keluarga Islam dapat memenuhi keperluan mengikut lunas-lunas Islam.

 

Proses mengiktiraf pengangkatan:

  • Menetap tarikh pendaftaran
  • Mengarah ibu bapa angkat dan kanak-kanak hadir di masa perbicaraan.
  • Menimbang dan meluluskan permohonan, atau Sek.6(1)
  • Menangguhkan perbicaraan dan atas budi bicara Pendaftar meminta laporan daripada Pegawai Kebajikan Masyarakat.
  • Menetap tarkh perbicaraan selanjutnya dan menimbang semula permohonan itu.

 

Beliau turut menegaskan bahawa setiap pengambilan anak angkat mestilah didaftarkan untuk mengelak masalah kemudian hari dan ibu bapa angkat ditegah memberi  imbuhan atau duit sebagai  balasan pemberian hadiah kepada ibu bapa kandung. Ini adlah bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya sindiket penjualan manusia.

Kes 1:

Seorang jutawan  telah meninggal dunia dan meninggalkan harta lebih RM10 juta untuk diwarisi oleh tiga orang anak kandung perempuan dan seorang anak angkat lelaki. Semasa hayatnya jutawan ini, dia telah memberi anak angkatnya ini sebanyak RM1 juta sebagai hibah. Namun setelah meninggal dunia, ketiga-tiga anak kandungnya tidak jelas dan mereka mencabar kes ini ke mahkamah. Kini kws ini masih dalam perbicaraan.

 

Kes 2:

Setiap pengambilan anak angkat hendaklah melalui pendaftaran dan perjanjian yang sah di sisi undang-undang namun masih ada pihak yang cuba mencabar kewibawaan mahkamah. Sepasang suami isteri telah menyerahkan anak mereka yang berumur enam bulan kepada sepasang suami isteri sebagai anak angkat melalui cara yang sah. Namun, 36 tahun kemudian setelah anak itu berjaya dalam hidup dan memiliki harta yang banyak, ibu bapa kandung memohon daripada mahkamah untuk mendapatkan balik hak penjagaan anak kandungnya. Ibu bapa kandung kalah dalam perbicaraan kerana penyerahan anak angkat lalu melalui undang-undang yang sah.

 



Haizah Binti Mohd Yusoff (07.03.2011 (01:48:56))
1 Assalamualaikum , saya seperti nama yg tertera ingin bertanyakan sedikit persoalan kepada pihak tuan dan berharap sangat supaya mendapat jawapan dan pandangan bagaimanakah permasalahan yang sedang saya hadapi ini dapat diselesaikan.

Ceritanya begini, datuk saya telah berpesan kepada nenek sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1997 yang lalu, supaya tanah tapak rumah yang sedang diduduki oleh nenek dinamakan kepada saya sebelum nenek meninggal dunia kerana nenek (adalah isteri kedua datuk selepas nenek pertama bercerai dengan datuk)tiada mempunyai seorang anak pun dari perkongsian hidup bersama datuk. Semasa hayat datuk, beliau dan nenek ada mengambil seorang anak angkat perempuan yang telah dipelihara sedari kecil (tetapi surat pengambilan anak angkat tersebut saya tidak pernah lihat sehingga sekarang) untuk pengetahuan tuan anak tu sekarang berumur lebih kurang 60an. Apa yang permasalahan sekarang adalah saya telah membantu nenek dengan membina bilik air baru yang letaknya bersebe
Quote
shahrul nizam (26.02.2011 (13:40:29))
1 Assalamualaikum ...
Saya dan isteri baru mangambil seorang anak angkat lelaki dari sepasang suami isteri yang sah dan hidup dalam serba kekurangan. Masalah saya ialah bagaimanakah bentuk surat perjanjian yang perlu saya buat untuk memastikan hak saya sebagai bapa angkat bagi mengelakkan sebarang tuntutan oleh keluarga asal anak ini nanti? Harap Datuk boleh beri pandangan dan nasihat sewajarnya. Terima kasih.
Quote
suhana (09.02.2011 (07:09:39))
Yes No sy punyai 2 keluarga, bapa sudah meninggal. jika sudah dpt sijil faraid tp pihak no.1 enggan byr aset cair dgn alasan bhgn kami akn byr hutg si arwah, sedangkn mrk telah mdpt bhgn masing2. bagaimana kami nk dptkn hak kami? Quote


1000 Characters left