Articles
Perkhidmatan 'Jejak Waris' Untuk Cairkan RM40 Bilion Aset Beku Kini Dilancarkan

PETALING JAYA: Aset beku bernilai RM40 bilion milik lebih 500,000 waris dari kalangan umat Islam kini mampu dicairkan melalui perkhidmatan "Jejak Waris" yang dilancarkan oleh sebuah firma, Rabu.

Pengerusi Firma Khairul Group, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, unit khas berbentuk pusat sehenti itu dilancarkan bagi membolehkan masyarakat Islam membuat rujukan mengenai masalah pewarisan harta dan wasiat.

"Perkhidmatan ini merupakan pusat sehenti untuk orang-ramai merujuk isu pewarisan harta, waris tidak dapat dikesan, tuntutan bertindih, aset beku, wasiat dan sebagainya," katanya kepada mStar Online selepas muncul dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 pagi Rabu.

 
2 comments
Si Tanggang Moden : Undang-undang Dunia dan Hukuman Akhirat

Adakalanya kita berasa amat marah, geram dan kesal. Ada ketikanya fikiran kita terganggu dek kerana terlalu beremosi tentang sesuatu perkara. Baru-baru ini, saya mengalami perasaan sedemikian. Ini semua gara-gara satu kes yang saya berpeluang mengikutinya secara peribadi. Pertikaian bermula di mahkamah apabila seorang anak perempuan mengusir ibu bapanya dari rumah. Kedengaran seperti kisah Si Tanggang bukan? Iya, memang derhaka sungguh si anak itu. Syahma (bukan nama sebenar) membuat onar sedemikian sebaik sahaja ibu-bapanya memindahkan milik rumah keluarga kepada namanya.

 
No comments
Antara Perundangan Syariah dan Sivil

Bayangkan situasi ini. Peguam bernama Ali, Ah Chong dan Muthu berhujah di depan hakim Ahmad, Ah Seng dan Samy. Kesemua pengamal undang-undang ini meneliti fakta kes dan merujuk kepada semua sumber perundangan seperti Perlembagaan Negara dan Kanun Keseksaan. Akta Undang-undang lazim (common law iaitu diwarisi dari penjajah British) yang lainnya turut disemak dan diperdebatkan. Namun demikian, walau apa pun rumusan yang dicapai, kesemua mereka bersepakat untuk memastikan hujah yang disampai dan didengar sentiasa selari dengan prinsip Al-Quran dan Hadis.

 
2 comments
Apabila Pembunuhan Boleh Dimaafkan

Baru-baru ini, seorang kenalan melahirkan rasa hairan mengenai satu keputusan mahkamah berkaitan satu kes pembunuhan. Beliau terkejut kerana tertuduh dalam kes itu telah dibebaskan walaupun banyak bukti yang cenderung menunjukkan beliau bakal menerima hukuman di tali gantung.

Sujujurnya, ini bukan kali pertama saya diajukan persoalan seperti itu. Lantaran itu, adalah menjadi kewajipan untuk saya sebagai seorang pengamal undang-undang untuk memperincikan isu ini bukan saja kepada kenalan yang kehairanan itu, malah saya mahu berkongsi dengan semua pembaca setia majalah ini.

 
2 comments
Pekerja Diberhentikan boleh Saman Majikan

Fakta kes 1 (6 Februari 20XX) - SEORANG pengarah projek yang dibuang kerja tiga tahun lalu, mendapat gaji tertunggak dan pampasan berjumlah RM350,xxx.xx selepas Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur mendapati pembuangannya adalah tanpa sebab munasabah. Pengerusi Mahkamah Perusahaan, yang membuat keputusan itu memerintahkan Syarikat XYZ  Sdn Bhd membayar gaji tertunggak sebanyak RM2xx,xxx; pembayaran balik wang tunai RM1x,xxx dan pampasan RM4x,000 kepada Si Polan Bin Si Polan. Beliau yang dibuang kerja kira-kira 5 tahun lalu mendakwa pembuangannya itu tanpa sebab munasabah dan berniat jahat.

Fakta kes 2 (21 April 20XX) - MAHKAMAH Perusahaan memerintahkan Syarikat ABC membayar gaji tertunggak dan pampasan sebanyak RM45,xxx kepada dua pekerjanya yang dibuang tanpa sebab munasabah, empat tahun lalu. Pengerusi Mahkamah Perusahaan, memerintahkan syarikat berkenaan membayar gaji tertunggak RM2x,000 dan pampasan RM4,xxx kepada pemandu tangki, En S,  yang dibuang kerja pada 19 Disember 199x. Mahkamah turut memerintahkan syarikat membayar gaji tertunggak RM19,xxx kepada operator Puan K. Selain itu, syarikat itu diperintahkan mengambil semula Puan K bekerja sebagai operator tanpa kehilangan kekananan dan faedah lain berkuat kuasa pada 15 Mei 200x.

 
6 comments
Tidak Layak Terima Faraid

Pengambilan anak angkat di Malaysia mempunyai prosedurnya tersendiri dari segi undang-undang sivil dan syariah untuk memastikan ibu bapa yang memohon pengambilan anak angkat dan anak yang bakal dibela oleh seseorang itu terjamin dari segi perundangan secara sah dan mendapat hak sepatutnya dari segi hukum syarak.

Menurut Pegumbela, Peguamcara, dan Syarie, Khairul Anwar Rahmat, undang-undang berkait dengan pengambilan anak angkat bermula sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Menurut beliau, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah lama mengamalkan amalan anak angkat dengan memberi nama keluarga angkat kepada anak angkat tersebut.

 
3 comments